Monday, January 17, 2011

KHURAFAT yang berbeza


 semalam baru lepas pergi menonton filem KHURAFAT,
ok, pandangan aku. filem arahan shamsul yusof lain dari yang lain.
selalu nye cerita hantu kat malaysia ni. semua common. semua akan berkaitan saka.
shamsul yusof cuba membuat kelainan sedikit. bagi aku, dia berjaya.
aku jugak termalu sekejap dalam panggung. bila, scene shamsul mahu meletakkan semula
frame gambar dia dan liyana ke atas meja sebelah tv, aku menjerit !
hahaha. bukan hantu nye terlalu seram tetapi, sound effect nye. sangat kuat.
secara tak sengaja aku dah pun memalukan diri sendiri. :p *blushing*
 lakonan liyana jasmay sebagai Aishah jugak, tidak mengecewakan.
dan biasa lah, cerita seram kat malaysia ni. mesti ade watak misteri.
dalam khurafat pun tidak ketinggalan. watak misteri di lakonkan oleh, pelakon veteren
( maaf, aku lupa nama beliau ) watak yang, orang fikir mungkin die ni yang hantar hantu hantu yang menganggu pelakon utama. walhal die cuma orang biase. tetapi muncul dalam keadaan yang mencurigakan.
kalau korang semua perasan la kan. kebanyakkan filem seram m'sia ade watak misteri ni.

 oklah, kalau ade masa terluang. kenapa tidak korang sendiri pergi menonton ?
dan menilai filem khurafat ni,dari pandangan korang.

xox
ikaidris.

1 comment: