Saturday, January 22, 2011

KAFEIN


nak tau kenapa entri pasal ni ?
haaa. aku ni, memang tak dapat di pisahkan dengan nescafe
terutama nescafe original.
sehari tak dapat sasau je rasa. entah la ?

ok, masa aku tengah buat entri ni, aku masih tak tidur lagi,
kalau korang perasan, entri aku banyak yang waktu 12 malam dan ke atas.
aku jadi tertanya tanya.
mungkin sebab ini kah ? mulanya aku tak perasan.
kerana dari kecik aku memang susah nak tidur malam.
kadang tu tak tidur cuma tak lah seteruk sekarang.
waktu sekolah dulu, paling kerap aku tak tidur malam,
tapi aku akan mula mengantuk keesokkan nya.
macam pukul 7 ke 8 pagi.
tapi, baru baru ni. dah pun buat rekod baru.
hampir 2 hari aku tak tidur. :O
ini sangat keterlaluan.
teman lelaki aku cakap, mungkin kerana tabiat aku yang gemar minum nescafe
menjadi salah satu faktor utama. aku menyangkal kata kata die.
tapi, dalam hati, aku dah mula rasa takut.
mungkinkah ?
jadi, hari ini. aku terus melayari internet untuk mencari info.
seperti, kesan minum air kafein berlebihan,
dan cara untuk mengurangkan kandungan kafein dalam hidup seharian.
bila aku baca satu satu carian mengenai nescafe,
semua nya berkaitan perkara buruk.
aku terus jadi susah hati, lalu aku meneguk KAFEIN itu untuk menghilangkan rasa takut.
apa yang aku dapat ? dari carian aku ?
aku kongsi dengan kalian serba sedikit.
aku mulakan dengan menaip 'kesan minum nescafe berlebihan'
 apa yang aku dapat, carian teratas sekali bertajuk 'nescafe merosakkan jantung dan buah pinggang'
lalu aku meneguk sekali air berkafein itu untuk menghilangkan rasa cuak.
 aku terus menyusur ke tajuk kedua. 'nescafe punca kanser'
lalu aku menguk dua kali air berkafein itu untuk melegakan rasa gundah aku.
 aku teruskan lagi, kali ini aku menaip, 'coffee/nesafe'
 carian pertama yang keluar, benar benar menenangkan aku.
'mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi '
 lalu aku menegukkan 3 kali utk menyatakan kegembiraan.
aku meneruskan lagi carian dengan hati berbunga, aku menekan kebawah sehingga aku terbaca tajuk
'aku dan nescafe classic' ( dalam hati aku, ini betul betul tajuk yang patut aku buat untuk entri ni )
aku terus membaca, sambil membaca aku menghirup perlahan air kafein itu.
menandakan, aku senang hati. baru nak ku hirup sekali lagi, mata aku terpandang satu perkataan
'insomnia' dan 'kekejangan otot' di mana kedua dua masalah ini, memang ada pada diri aku.
dan yang paling ketara sekali berlaku dalam diri aku. aku terus meletak, air kafein itu.
kali ini, tanpa sempat menghirup sedikit pun.
 'Terlalu banyak kafeina dapat menyebabkan peracunan (intoksikasi) kafeina (yaitu mabuk akibat kafeina). Antara lain gejala penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalahgastrointestial. Gejala-gejala ini bisa terjadi walaupun hanya 250 mg kafeina yang diambil. Jika lebih dari 1g kafeina dikonsumsi dalam satu hari, gejala seperti kejang otot (muscle twitching), kekusutan pikiran dan perkataan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan gejolak psikomotor (psychomotor agitation) bisa terjadi. Intoksikasi kafeina juga bisa mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.'
 aku baca dengan penuh rasa tidak selesa yang menebal dalam benak hati.
kerana kata kata ini, sangat tepat terkena batang hidung ku.
aku mengalami bukan semua tapi hampir semua situasi di atas. 

aku kaget.
berhenti membaca.
memandang tepat ke arah setiap perkataan di atas.
seperti mahu melihat sehingga sebalik perkataan itu.
aku kaget.
aku terus ke carian lain, yang lebih kepada pendapat DR sendiri.
mungkin aku lebih percaya.
 terus aku menekan 'dr perubatan dan farmasi'
aku baca perlahan dan teliti. kali ini, tanpa memandang langsung ke arah air kafein itu.
sampai satu baris, aku terbaca
 'Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.'

hati kaget tadi sedikit lega. cuma sedikit.
aku terus membaca, sehingga. bacaan terakhir berbunyi ' kesan pengambilan kafein'
sengaja aku baca berulangkali walhal carian sebelum nya, sudah ada mengenai ini.
 aku tertarik lagi, kerana apa yang di paparkan. benar terjadi kepada aku.

Mengganggu corak tidur.
Meningkatkan degupan jantung.
Meninggikan tekanan darah.
Kerap membuang air kecil.
Tangan terketar-ketar perlahan.
Kurang selera makan.
Resah dan gelisah.
Sukar menumpukan perhatian.
Sakit kepala.

Sukar tidur.
Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. ( yang ini aku kurang pasti )

Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mg
Teh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg


aku jadi kaku.
aku jadi gelisah.
aku jadi keliru.
aku jadi takut.
yang pasti nya, apa yang dapat aku simpulakan.
lebih banyak buruk dari baik nya.
aku terdiam.
hanya memandang laptop ku.
aku tak mahu meneruskan carian.
aku tak mahu meneruskan bacaan.
aku gentar.
aku takut.
aku lemah.

lepas aku terdiam sejenak. aku berfikir. ya, mungkin aku patut mengurangkan kandungan kafein yang masuk ke badan aku. ya, mungkin aku patut mengurangkan pengambilan kafein. mungkin ?
tak salah kalau aku memcuba. untung, aku yang dapat kesihatan yang stabil.
kalian ? ketagih macam saya ?
jom, sama sama kita kurangkan kandungan kafein dalam badan ?
ayuh !


xox
ikaidris

No comments:

Post a Comment