Thursday, January 20, 2011

yang bakal aku bakal hadapi

 bermulanya kehidupan sebagai pelajar semula.
aku cuba berazam tidak akan ponteng kelas lagi.
kalau tidak sampai bila aku nak belajar je ?
sampai bila aku nak duduk dalam bilik peperiksaan kerana gagal peperiksaan sebelumnya ?
sampai bila aku nak menghabiskan duit untuk ke kelas ?
sampai bila aku nak mengerah tenaga dan otak untuk menyiapkan tugasan yang di beri ?
 aku cuma mampu berazam dan
aku berharap aku mampu menunaikan azam aku.
aku harus matang. aku sudah mencecah umur 20 an.
aku harus memikirkan masa hadapan.
mungkin masih kabur tapi aku akan berusaha, untuk melihat nya secara terang.
 berikan aku kekuatan ya allah untuk menempuh
hari baru, dan cabaran baru. yang bakal aku hadapi sepanjang tahun ini.
 berikan aku fikiran yang matang dan waras untuk membuat segala keputusan
dengan betul dan tidak memberikan aku masalah kelak. 
 terangkan hati aku untuk menerima segala pelajaran yang bakal aku terima.
 terangkan hati aku supaya aku tidak mudah mengalah dan tidak mudah putus asa.


berikanlah aku harapan.
berikanlah aku kekuatan.


xox
ikaidris

No comments:

Post a Comment