Friday, January 21, 2011

cerita puk puk lapuk.

serius, aku bukan tak tau mengenai kemenangan pasukan bola sepak malaysia.
lama sangat dah cerita nya. aku je yang lambat nak buat entri.
ikutkan bukan pasal kemenangan malaysia malam tu yang aku nak ceritakan.
aku nak ceritakan die sebalik kekecohan kemenangan malaysia ni.
APA ?
haaaa. rasanya semua dah tau. waktu malaysia sedang berperang di padang indonesia,
peminat peminat sukan malaysia bertungkus lumus, menaip untuk mencari
facebook khairul fahmi iaitu penjaga gol malaysia yang menjaga gawang pasukan dengan begitu cemerlang sekali. jangan kan orang biasa je yang berpeluh cari nama mamat ni.
artis artis pun sampai naik gila nak kenal dengan penjaga gol malaysia ni.
secara peribadi, aku tak kenal langsung siapa penjaga gol malaysia.
dari sebelum khairul fahmi lagi. jangan kata penjaga gol, barisan pemain pun aku tak kenal.
senang cerita aku ni bukan peminat sukan bola sepak pun tak kira negara sendiri atau pun luar.
aku hanya tau nama pasukan dan ya sesetengah pemain mungkin kerana kekerapan kisah mereka keluar terpampang di majalah atau pun surat khabar.
jadi, apabila benda ni berlaku aku jadi tergamam.
aku pun terus mencari siapakah gerangan. cuma aku belum like je facebook beliau.
entahlah, mungkin nanti.
dan, bukan pasal ini jugak aku nak cerita.
aku nak cerita mengenai, gadis di sebalik khairul fahmi ni.
haaa. siapakah ?
beliau adalah tunang si penjaga gawang itu tadi. kenapa aku nak cerita pasal die ?
ok, selepas kemenangan malaysia, peminat menyerang facebook, untuk mecari khairul fahmi.
secara tak langsung, terjumpa personal facebook si khairul ni, dan secara tak langsung nya.
gadis gadis yang mencari facebook khairul fahmi dengan harapan beliau masih laaa tidak mempunyai pasangan telah terlihat status hubungan khairul fahmi dengan pasangan beliau. jadi gadis gadis tadi pun terus,
tekan ke arah facebook tunang khairul fahmi dan menambah menjadi kawan.
tak cukup dengan menjadi kawan di facebook, mereka menyiasat lagi sehinggalah terjumpa blog si tunang khairul fahmi. dengan mendadak nye, blog beliau telah mendapat sambutan hangat bagai goreng pisang panas bak kata orang. dan pengikut pengikut beliau bertambah tambah sehingga hampir mencecah 10 ribu pengikut.
sampai begitu sekali penangan khairul fahmi ni. kan ?
 dan aku antara yang pergi melihat lihat blog beliau, tapi masih tidak menjadi pengikut.
serangan bertubi tubi terhadap si tunang, sehinggakan kisah mereka terpampang di surat khabar.
seingat aku surat khabar metro. dan ya, ada jugak kekasih pemain lain, tetapi penangan nya tidak sama yang di terima oleh pasangan ini. ada yang SUKA ada yang TIDAK SUKA.
bagi aku, biarlah mereka kisah mereka, kita dengan kisah mereka. bak kata orang,
kubur masing masing. tapi, masih lagi orang membuat entri di blog, mengatakan
'tak suka dengan si tunang,' 'suka dengan mereka sebab teramat manis' 'suka dengan si tunang tapi tak suka bila die dengan khairul fahmi' dan banyak lagi laaa. sangat banyak.
aku sempat jugak baca blog si tunang, http://jejariruncing.blogspot.com/ 
dan bila dah syok melayan, terbaca la salah satu entri beliau, mengatakan suka dengan blog seseorang,
aku pun dengan pantas menekan ke arah blog yang beliau suka. http://blogserius.blogspot.com/
aku pun membelek belek, blog itu sehingga lah aku terjumpa sesuatu dan semestinya berkaitan si tunang,
nahh korang baca lah sendiri http://blogserius.blogspot.com/2010/12/serius-cute-tunang-khairul-fahmi.html
aku pun membaca sehingga habis, dan komen komen yang di beri semua aku khatam baca.
macam macam tindak balas, ada yang kate khairul fahmi kacak, ada yang tidak. ada yang kata si tunang cantik, ada yang tidak. sampai lah aku terbaca satu komen mengatakan.
  'aku suka pasal tunang dalam hati tu Obe..serius cool hahahhahahaa..
  blog membe wa ada post jugak pasal awek dia ni....kena sound gn akak awek ni terus hahahahha'

dan akhir kata oleh beliau, iaitu si pemberi komen adalah, sebaris perkataan berupa link ke satu lagi blog.
aku pun cepat cepat ke link tersebut di mana aku pun taknak ketinggalan jugak. hehe
ni ha blog nye http://beloghakimy.blogspot.com/2010/12/khairul-fahmi-dt-awek-dia-yang-sangat.html
berlaku la balas membalas antara tuan punya blog dan kakak kepada tunang si khairul fahmi ni.
pengakhiran nya ? aku tak pasti sebab aku malas dah nak baca.


bagi aku, apa yang nak di kecohkan ?
cukuplah kita berbangga dengan khairul fahmi dan jugak pasukan bola sepak malaysia
kerana telah pun membawa pulang kejuaraan.
hubungan cinta ?
kalau dah jadi public figure secara automatik nya akan menjadi sebutan.
itu semua norma norma kehidupan.
dan, entri entri di blog jika ada berkaitan kekasih. itu biasa.
kerana aku jugak mempunyai kekasih terbaik aku jugak ada berkongsi cerita,
mungkin tak semua, tetapi tiada salah nya. jodoh ?
ya, bukan kita, bukan manusia menentukan semua itu. macam semua orang kata,
jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang.
seperti mana jugak dengan si tunang khairul fahmi.
aku bukan mengia kan beliau tetapi. hak masing masing.
mungkin segala hal privasi, beliau lebih selesa meluahkan di blog nya.
 dah jadi perkara biasa. sebelum popular. segala hal privasi di tulis di blog.
bila dah popular, beliau hanya meneruskan kehidupan biasa nya dengan bercakap di blog.
tetapi yang tidak biasa nya, orang luar yang lebih sudu dari kuah
bukan kehidupan nama nya jika tidak ada turun naik.




jadi,jom la kita meneruskan kehidupan kita seperti yang lain.




xox
ikaidris

No comments:

Post a Comment