Tuesday, January 25, 2011

ayuh ! kembali ke kolej. -.-

24hb januari 2011 ?
apa makna nye ?!
maknye kembali lah hidup aku sebagai seorang pelajar.
aduhaii. kenapa aku mengeluh ?
aku sendiri pelik. kenapa, ada je benda yang kita tak puas hati dalam hidup ?
dulu masa sekolah. hai, tak sabar nye nak habis sekolah.
nak belajar kat kolej/universiti pulak.
dah dapat belajar kolej/universiti tak puas hati lagi.
hai, bila lah nak habis belajar ?
nak kerja, nak duit sendiri. entah la ?
nanti dah kerja apa lagi yang nak mengeluh ?
aku sendiri tak faham. 


semoga aku berjaya menghadapi hari hari baru di kolej. AMIN.






xox
ikaidris

Monday, January 24, 2011

permulaan hari tanpa kafein

hari pertama tanpa kafein. dan sangat bangga !
tidak ade nescafe dalam kotak fikiran aku hari ini.
sangat menakjubkan.



xox
ikaidris



Saturday, January 22, 2011

KAFEIN


nak tau kenapa entri pasal ni ?
haaa. aku ni, memang tak dapat di pisahkan dengan nescafe
terutama nescafe original.
sehari tak dapat sasau je rasa. entah la ?

ok, masa aku tengah buat entri ni, aku masih tak tidur lagi,
kalau korang perasan, entri aku banyak yang waktu 12 malam dan ke atas.
aku jadi tertanya tanya.
mungkin sebab ini kah ? mulanya aku tak perasan.
kerana dari kecik aku memang susah nak tidur malam.
kadang tu tak tidur cuma tak lah seteruk sekarang.
waktu sekolah dulu, paling kerap aku tak tidur malam,
tapi aku akan mula mengantuk keesokkan nya.
macam pukul 7 ke 8 pagi.
tapi, baru baru ni. dah pun buat rekod baru.
hampir 2 hari aku tak tidur. :O
ini sangat keterlaluan.
teman lelaki aku cakap, mungkin kerana tabiat aku yang gemar minum nescafe
menjadi salah satu faktor utama. aku menyangkal kata kata die.
tapi, dalam hati, aku dah mula rasa takut.
mungkinkah ?
jadi, hari ini. aku terus melayari internet untuk mencari info.
seperti, kesan minum air kafein berlebihan,
dan cara untuk mengurangkan kandungan kafein dalam hidup seharian.
bila aku baca satu satu carian mengenai nescafe,
semua nya berkaitan perkara buruk.
aku terus jadi susah hati, lalu aku meneguk KAFEIN itu untuk menghilangkan rasa takut.
apa yang aku dapat ? dari carian aku ?
aku kongsi dengan kalian serba sedikit.
aku mulakan dengan menaip 'kesan minum nescafe berlebihan'
 apa yang aku dapat, carian teratas sekali bertajuk 'nescafe merosakkan jantung dan buah pinggang'
lalu aku meneguk sekali air berkafein itu untuk menghilangkan rasa cuak.
 aku terus menyusur ke tajuk kedua. 'nescafe punca kanser'
lalu aku menguk dua kali air berkafein itu untuk melegakan rasa gundah aku.
 aku teruskan lagi, kali ini aku menaip, 'coffee/nesafe'
 carian pertama yang keluar, benar benar menenangkan aku.
'mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi '
 lalu aku menegukkan 3 kali utk menyatakan kegembiraan.
aku meneruskan lagi carian dengan hati berbunga, aku menekan kebawah sehingga aku terbaca tajuk
'aku dan nescafe classic' ( dalam hati aku, ini betul betul tajuk yang patut aku buat untuk entri ni )
aku terus membaca, sambil membaca aku menghirup perlahan air kafein itu.
menandakan, aku senang hati. baru nak ku hirup sekali lagi, mata aku terpandang satu perkataan
'insomnia' dan 'kekejangan otot' di mana kedua dua masalah ini, memang ada pada diri aku.
dan yang paling ketara sekali berlaku dalam diri aku. aku terus meletak, air kafein itu.
kali ini, tanpa sempat menghirup sedikit pun.
 'Terlalu banyak kafeina dapat menyebabkan peracunan (intoksikasi) kafeina (yaitu mabuk akibat kafeina). Antara lain gejala penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalahgastrointestial. Gejala-gejala ini bisa terjadi walaupun hanya 250 mg kafeina yang diambil. Jika lebih dari 1g kafeina dikonsumsi dalam satu hari, gejala seperti kejang otot (muscle twitching), kekusutan pikiran dan perkataan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan gejolak psikomotor (psychomotor agitation) bisa terjadi. Intoksikasi kafeina juga bisa mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.'
 aku baca dengan penuh rasa tidak selesa yang menebal dalam benak hati.
kerana kata kata ini, sangat tepat terkena batang hidung ku.
aku mengalami bukan semua tapi hampir semua situasi di atas. 

aku kaget.
berhenti membaca.
memandang tepat ke arah setiap perkataan di atas.
seperti mahu melihat sehingga sebalik perkataan itu.
aku kaget.
aku terus ke carian lain, yang lebih kepada pendapat DR sendiri.
mungkin aku lebih percaya.
 terus aku menekan 'dr perubatan dan farmasi'
aku baca perlahan dan teliti. kali ini, tanpa memandang langsung ke arah air kafein itu.
sampai satu baris, aku terbaca
 'Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.'

hati kaget tadi sedikit lega. cuma sedikit.
aku terus membaca, sehingga. bacaan terakhir berbunyi ' kesan pengambilan kafein'
sengaja aku baca berulangkali walhal carian sebelum nya, sudah ada mengenai ini.
 aku tertarik lagi, kerana apa yang di paparkan. benar terjadi kepada aku.

Mengganggu corak tidur.
Meningkatkan degupan jantung.
Meninggikan tekanan darah.
Kerap membuang air kecil.
Tangan terketar-ketar perlahan.
Kurang selera makan.
Resah dan gelisah.
Sukar menumpukan perhatian.
Sakit kepala.

Sukar tidur.
Keliru dan kadang-kala berhalusinasi. ( yang ini aku kurang pasti )

Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mg
Teh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg


aku jadi kaku.
aku jadi gelisah.
aku jadi keliru.
aku jadi takut.
yang pasti nya, apa yang dapat aku simpulakan.
lebih banyak buruk dari baik nya.
aku terdiam.
hanya memandang laptop ku.
aku tak mahu meneruskan carian.
aku tak mahu meneruskan bacaan.
aku gentar.
aku takut.
aku lemah.

lepas aku terdiam sejenak. aku berfikir. ya, mungkin aku patut mengurangkan kandungan kafein yang masuk ke badan aku. ya, mungkin aku patut mengurangkan pengambilan kafein. mungkin ?
tak salah kalau aku memcuba. untung, aku yang dapat kesihatan yang stabil.
kalian ? ketagih macam saya ?
jom, sama sama kita kurangkan kandungan kafein dalam badan ?
ayuh !


xox
ikaidris

siapa ? Mustafa Kemal Atatürk

tujuan aku buat entri ni,
sebab nak ingatkan balik.
semester lepas aku ade mengambil subjek pengajian islam.
dan alhamdulillah aku lulus dgn kepujian.
salah satu soalan adalah berkaitan mustafa kemal ataturk.
 jujur, sewaktu pertama kali masuk ke topik ini.
pensyarah aku menyebut nama mustafa kemal ataturk.
dan aku terpinga pinga, kerana lemah nye ilmu sejarah agama dalam diri aku.
 ye, aku mengaku. aku tidak tahu menahu mengenai mustafa kemal ataturk jika
aku tidak mengambil subjek pengajian islam.
 selepas tamat kelas, balik ke rumah aku tergesa gesa
melayari internet untuk mencari kisah penuh mengenai mustafa kemal ataturk.
kerana pensyarah hanya ceritakan serba sedikit sahaja. jadi, aku sangat teruja untuk
mengetahui cerita sepenuh nya.
 apa yang aku dapat ni, hanyalah salinan dari wikipedia sahaja. cuma aku ringkaskan sahaja yang mana aspek aspek penting sahaja aku msukkan ke entri ini.
aku sekadar mahu berkongsi dengan kalian.


  mustafa kemal ataturk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas RepublikTurki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.
  
Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.




NAMA :
 Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Nama tersebut digunakan sehinggalah beliau bersara dari Tentera Ottoman. Semasa Perang Kemerdekaan Turki, beliau dipanggil 'Gazi' atau 'Gazi Mustafa Kemal'. Setelah undang-undang keluarga diperkenalkan di Turki pada 21 November 1934, beliau diberi nama 'Ataturk', bermaksud 'Bapa Rakyat Turki'.



Berikut ini akan kami kemukakan beberapa peristiwa perubahan pada beberapa bidang dan kemasyarakatan yang ditempuh oleh Mustafa Kemal Ataturk ( Bapak Turki ) dalam sejarah Turki sesuai dengan program kelompok persekutuan dan kemajuan ( Al-Ijtihad wa at Faraqqi ) yang telah mewarnai lembaran baru sejarah Turki. Perubahan - perubahan tersebut antara lain :
  • Pada 1924 Majlis Kebangsaan mengadakan sidang. Hasil sidang tersebut menetapkan bahwa jabatan khalifah dan jabatan Menteri Syari’at dan waqaf dihapuskan. Langkah berikutnya, demi untuk menyempurnakan ide tentang Turki modern, Mustafa Kemal menghapuskan seluruh institusi keagamaan yang ada dalam pemerintahan. Dia mengumumkan penghapusan mahkamah syariyyah dan menggantikannya dengan mahkamah sipil ala Barat. Lembaga - lembaga pendidikan dan sekolah - sekolah agam dihapuskan, selanjutnya seluruh lembaga pendidikan digabungkan di bawah satu naungan DeparetemenPendidikan.
  • Kebijaksanaan berikutnya Al-Ghazali menghapuskan artikel dalam UUD yang berbunyi bahwa “agama Islam adalah agama Negara”. Selanjutnya dia menghapuskan syariat Islam dan sebagai gantinya Syariat Aiqat (Hukum Adat) diberlakukan akan tetapi syariat Atiqat juga kemudian diganti lagi dengan hukum positif model Swiss dan hukum pidana ala Itali. Hari libur resmi mingguan dirubah dari hari Jum’at menjadi hari minggu, di samping mengganti kalender Hijaiyyah dengan kalender Miladi. Hukum waris pun tidak luput dari perubahan-perubahannya. Bagian laki - laki dan perempuan disamakan dan yang menjadi ahli waris adalah hanya keluarga mayat saja ( anak istri ) lain tidak. Pemerintahan Ataturk tidak henti-hentinya melakukan usaha-usaha perubahan demi terhapusnya unsure keagamaan dari pemerintahan atau paling tidak demi melepaskan pemerintahan dari sebagian besar unsure-unsur Islam. Jumlah Masjid dibatasi dan tidak dibenarkan luas halaman masjid lebih dari lima ratus meter. Kemudian para khatibnya pun yang diangkat oleh pemerintahan dikurangi hingga diseluruh wilayah Turki hanya tinggal tiga ratus saja dan mereka dalam menyampaikan masalah-masalah pertanian, perdagangan dan sebagainya. Yang sangat melukai perasaan umat Islam adalah tindakan menutup dua masjid raya yang ada di Istambul, yang pertama Mustafa Kemal hendak merubah masjid Abyah Sophia yang hendak dijadikan museum dan kedua menutup masjid raya Al faith yang hendak dijadikan gudang.
  • Kemudian Mustafa Kemal melarang poligami, sesuai dengan hokum model scoiss walaupun dalam prakteknya ada sedikit perubahan yaitu bagi mereka yang dianggap kaya dan mampu masih tetap diperbolehkan.
  • Dalam upaya menjauhkan diri dari Islam dan dalam rangka westernisasi pemerintah Turki tidak memperkenankan msyarakat umum memakai jilbab dan cadar kecuali para agamawan dan sebagai gantinya masyarakat memakai baju dan topi ala Barat. Kemudian pemerintah mengeluarkan Undang-Undang yang mewajibkan warga negara Turki memakai marga dibelakang namanya yang tidak dikenal dikalangan masyarakat Turki sebelumnya. Kemudian pemerintah melarang mengadakan kegiatan spiritual yang bisa dilakukan pengikut tarekat dan menutup tempat-tempat tersebut. Pemerintah dengan kejam menindak siapa saja yang coba - coba mengkritik kebijaksanaannya, dalam masalah-masalah agama. Para wanita Turki seperti prianya diperbolehkan bekerja. Huruf arab dihapus dan diganti dengan huruf latin. Demi terhapusnya huruf arab dari bumi Turki, secara langsung Ataturk pribadi menjadi pengajar huruf latin. Disetiap kota dan desa didirikan sekolah-sekolah untuk mengajarkan huruf latin ( yang telah diresmikan, menjadi huruf nasional ). Kepada masyarakat tanpa mengenal usia. Kemudian di fakultas-fakultas pendidikan tradisional mata kuliah bahasa tersebut merupakan unsur terpenting untuk memahami kesusastraan Turki. Percetakan-percetakan dilarang menerbitkan buku-buku yang berbahasa Turki yang menggunakan huruf Arab.


banyak lagi mengenai beliau cuma aku tidak selitkan kat entri ni.
korang cuba cuba lah carik pasal mustafa kemal ataturk ni,
mungkin ada lagi informasi yang lebih tepat dan menarik.

rujukan :



xox
ikaidris

hari ulangtahun kawan

 aku pernah rapat dengan dia suatu ketika dulu.
faktor, kelas yang  sama menyebabkan aku menjadi lebih rapat lagi dengan die.
namun, dek kerana haluan hidup aku.
tercipta satu jurang jauh antara aku dan die.
secara tak langsung, aku dan die cuma berjumpa jika berpeluang,
seperti hari raya tahun lepas. ((:
 tujuan aku buat entri ni, sebab hari ini. iaitu 22hb januari. adalah hari ulangtahun kelahiran die yang ke 20.
tak sangka kan ? pejam celik. 
kite dah pun 20 tahun. yang bagi aku, permulaan hidup kite sebagai wanita.. mungkin ?
 selepas mengharungi hidup sebagai remaja biasa, kita perlu meredah cabaran cabaran baru
kelak sesuai dengan usia kite.
 aku doa kan kau berjaya mengharungi cabaran itu. semoga, kite terus berkawan sehingga akhirnya.
ya, mungkin kite jarang berjumpe, tapi. kite selalu ingat antara satu sama lain.
 aku ucapankan selamat hari lahir yang ke 20.
 semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.
 semoga di berkati allah sentiasa, AMIN.


entri ni untuk kau la !
 SALINA NURUL AIDA HASHIM.


xox
ikaidris

macam macam cara cuba mencantikkan facebook. ni yang terakhir.



MACAM MANE ? OK TAK. DAH BANYAK CARA AKU BUAT.
CUBA LETAK GAMBAR LAAA, SEMUA JADI.. JADI BURUK.
HAHAHA. AKHIR SEKALI NI JELAH.
DAH TAK LARAT NAK EDIT DAH. -.-



xox
ikaidris





kampung boy kembali lagi !

KINI DALAM BENTUK MUZIKAL
siapa tak kenal kartunis popular LAT ?
aku kenal die dari aku kecik lagi.
masa aku sekolah rendah dulu.
siap ada cd lagi setiap episod kampung boy.
boleh kata, kalau ada ulangan kat tv, aku hafal semua episod.
haaa ! hebat tak aku ? haha.
 ok, kembali kepada tajuk asal.
tadi tengah tengah layan facebook.
ternampak la hamba allah ni, like page LAT kampung boy sebuah muzikal
aku pun dengan segera, pergi ke page tersebut nak like jugak.
 memang satu perkembangan yang aku suka.
lepas die promosi kampung boy ni kat pasaran antrabangsa
die buat pulak muzikal di negara sendiri.
sangat bernas idea idea macam ni. pelakon utama yang memegang watak lat adelah
haaa ! JENG! JENG! JENG!
 HUSSIN laaa. tak kenal ?! aduh takkan tak kenal kot ?
ala, yang cakap CE CETI CE CETI DALAM FILEM ZOMBIE KAMPUNG PISANG TU.
hahaha, dah ingat ?  siapa lagi kalau bukan AWIE.
mungkin sebab awie ni memang asal orang perak kot ? tu yang dato' lat amik die jadi watak utama.
 ape ape pun, kite tunggu je nanti.

nak beli tiket ?
TEKAN SINI

nak tau info info terkini ?
TEKAN SINI
DAN SINI

aku dah fikir nak beli tiket ?
korang bila lagi. aku cuma tunggu duit je ni.
hahahaha. insyaAllah. aku sangat teruja nak tengok di pentas.
kalau korang nak pergi, boleh la inform kat aku k.
mane tau boleh la pergi sama sama :D


xox
ikaidris


Friday, January 21, 2011

cerita puk puk lapuk.

serius, aku bukan tak tau mengenai kemenangan pasukan bola sepak malaysia.
lama sangat dah cerita nya. aku je yang lambat nak buat entri.
ikutkan bukan pasal kemenangan malaysia malam tu yang aku nak ceritakan.
aku nak ceritakan die sebalik kekecohan kemenangan malaysia ni.
APA ?
haaaa. rasanya semua dah tau. waktu malaysia sedang berperang di padang indonesia,
peminat peminat sukan malaysia bertungkus lumus, menaip untuk mencari
facebook khairul fahmi iaitu penjaga gol malaysia yang menjaga gawang pasukan dengan begitu cemerlang sekali. jangan kan orang biasa je yang berpeluh cari nama mamat ni.
artis artis pun sampai naik gila nak kenal dengan penjaga gol malaysia ni.
secara peribadi, aku tak kenal langsung siapa penjaga gol malaysia.
dari sebelum khairul fahmi lagi. jangan kata penjaga gol, barisan pemain pun aku tak kenal.
senang cerita aku ni bukan peminat sukan bola sepak pun tak kira negara sendiri atau pun luar.
aku hanya tau nama pasukan dan ya sesetengah pemain mungkin kerana kekerapan kisah mereka keluar terpampang di majalah atau pun surat khabar.
jadi, apabila benda ni berlaku aku jadi tergamam.
aku pun terus mencari siapakah gerangan. cuma aku belum like je facebook beliau.
entahlah, mungkin nanti.
dan, bukan pasal ini jugak aku nak cerita.
aku nak cerita mengenai, gadis di sebalik khairul fahmi ni.
haaa. siapakah ?
beliau adalah tunang si penjaga gawang itu tadi. kenapa aku nak cerita pasal die ?
ok, selepas kemenangan malaysia, peminat menyerang facebook, untuk mecari khairul fahmi.
secara tak langsung, terjumpa personal facebook si khairul ni, dan secara tak langsung nya.
gadis gadis yang mencari facebook khairul fahmi dengan harapan beliau masih laaa tidak mempunyai pasangan telah terlihat status hubungan khairul fahmi dengan pasangan beliau. jadi gadis gadis tadi pun terus,
tekan ke arah facebook tunang khairul fahmi dan menambah menjadi kawan.
tak cukup dengan menjadi kawan di facebook, mereka menyiasat lagi sehinggalah terjumpa blog si tunang khairul fahmi. dengan mendadak nye, blog beliau telah mendapat sambutan hangat bagai goreng pisang panas bak kata orang. dan pengikut pengikut beliau bertambah tambah sehingga hampir mencecah 10 ribu pengikut.
sampai begitu sekali penangan khairul fahmi ni. kan ?
 dan aku antara yang pergi melihat lihat blog beliau, tapi masih tidak menjadi pengikut.
serangan bertubi tubi terhadap si tunang, sehinggakan kisah mereka terpampang di surat khabar.
seingat aku surat khabar metro. dan ya, ada jugak kekasih pemain lain, tetapi penangan nya tidak sama yang di terima oleh pasangan ini. ada yang SUKA ada yang TIDAK SUKA.
bagi aku, biarlah mereka kisah mereka, kita dengan kisah mereka. bak kata orang,
kubur masing masing. tapi, masih lagi orang membuat entri di blog, mengatakan
'tak suka dengan si tunang,' 'suka dengan mereka sebab teramat manis' 'suka dengan si tunang tapi tak suka bila die dengan khairul fahmi' dan banyak lagi laaa. sangat banyak.
aku sempat jugak baca blog si tunang, http://jejariruncing.blogspot.com/ 
dan bila dah syok melayan, terbaca la salah satu entri beliau, mengatakan suka dengan blog seseorang,
aku pun dengan pantas menekan ke arah blog yang beliau suka. http://blogserius.blogspot.com/
aku pun membelek belek, blog itu sehingga lah aku terjumpa sesuatu dan semestinya berkaitan si tunang,
nahh korang baca lah sendiri http://blogserius.blogspot.com/2010/12/serius-cute-tunang-khairul-fahmi.html
aku pun membaca sehingga habis, dan komen komen yang di beri semua aku khatam baca.
macam macam tindak balas, ada yang kate khairul fahmi kacak, ada yang tidak. ada yang kata si tunang cantik, ada yang tidak. sampai lah aku terbaca satu komen mengatakan.
  'aku suka pasal tunang dalam hati tu Obe..serius cool hahahhahahaa..
  blog membe wa ada post jugak pasal awek dia ni....kena sound gn akak awek ni terus hahahahha'

dan akhir kata oleh beliau, iaitu si pemberi komen adalah, sebaris perkataan berupa link ke satu lagi blog.
aku pun cepat cepat ke link tersebut di mana aku pun taknak ketinggalan jugak. hehe
ni ha blog nye http://beloghakimy.blogspot.com/2010/12/khairul-fahmi-dt-awek-dia-yang-sangat.html
berlaku la balas membalas antara tuan punya blog dan kakak kepada tunang si khairul fahmi ni.
pengakhiran nya ? aku tak pasti sebab aku malas dah nak baca.


bagi aku, apa yang nak di kecohkan ?
cukuplah kita berbangga dengan khairul fahmi dan jugak pasukan bola sepak malaysia
kerana telah pun membawa pulang kejuaraan.
hubungan cinta ?
kalau dah jadi public figure secara automatik nya akan menjadi sebutan.
itu semua norma norma kehidupan.
dan, entri entri di blog jika ada berkaitan kekasih. itu biasa.
kerana aku jugak mempunyai kekasih terbaik aku jugak ada berkongsi cerita,
mungkin tak semua, tetapi tiada salah nya. jodoh ?
ya, bukan kita, bukan manusia menentukan semua itu. macam semua orang kata,
jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang.
seperti mana jugak dengan si tunang khairul fahmi.
aku bukan mengia kan beliau tetapi. hak masing masing.
mungkin segala hal privasi, beliau lebih selesa meluahkan di blog nya.
 dah jadi perkara biasa. sebelum popular. segala hal privasi di tulis di blog.
bila dah popular, beliau hanya meneruskan kehidupan biasa nya dengan bercakap di blog.
tetapi yang tidak biasa nya, orang luar yang lebih sudu dari kuah
bukan kehidupan nama nya jika tidak ada turun naik.




jadi,jom la kita meneruskan kehidupan kita seperti yang lain.




xox
ikaidris

Thursday, January 20, 2011

apa yang aku perlu sekarang adalah

yang bakal aku bakal hadapi

 bermulanya kehidupan sebagai pelajar semula.
aku cuba berazam tidak akan ponteng kelas lagi.
kalau tidak sampai bila aku nak belajar je ?
sampai bila aku nak duduk dalam bilik peperiksaan kerana gagal peperiksaan sebelumnya ?
sampai bila aku nak menghabiskan duit untuk ke kelas ?
sampai bila aku nak mengerah tenaga dan otak untuk menyiapkan tugasan yang di beri ?
 aku cuma mampu berazam dan
aku berharap aku mampu menunaikan azam aku.
aku harus matang. aku sudah mencecah umur 20 an.
aku harus memikirkan masa hadapan.
mungkin masih kabur tapi aku akan berusaha, untuk melihat nya secara terang.
 berikan aku kekuatan ya allah untuk menempuh
hari baru, dan cabaran baru. yang bakal aku hadapi sepanjang tahun ini.
 berikan aku fikiran yang matang dan waras untuk membuat segala keputusan
dengan betul dan tidak memberikan aku masalah kelak. 
 terangkan hati aku untuk menerima segala pelajaran yang bakal aku terima.
 terangkan hati aku supaya aku tidak mudah mengalah dan tidak mudah putus asa.


berikanlah aku harapan.
berikanlah aku kekuatan.


xox
ikaidris

Wednesday, January 19, 2011

ADOLF HITLER.

siapakah ?
 tau kenapa aku tetiba nak buat entry pasal mamat ni ?
haa ! aku terjumpa dari surat khabar. APAKAH ?

lepas je aku baca artikel ni. aku menganga :O
setahu akulah, yang ilmu nye ni sedikit dari kalian. sangat sedikit.
HITLER dari pengetahuan aku adalah seorang yang kejam dan jahat.
nak cerita kat sini, sampai bila bila pun tak habis. kan ?
rasa nya semua orang kenal siapa hitler.
tetapi ungkapan emas beliau benar benar memeranjatkan aku.
betapa cetek nye ilmu aku.
 kalau di tanya kan siapa hitler ke aku,
aku akan menjawab sudah tentu dia seorang pembunuh, yang membunuh secara berleluasa
dan ya, dia memimpin nazi.
tetapi, ape yang aku dapat dari internet mengenai hitler, selain kejahatan beliau ?
 1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
 3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

 kalau di fikirkan zaman sekarang,orang islam yang tahu bahawa arak itu haram di minum bagi orang islam, masih tanpa segan silu meneguk air haram itu. tapi hitler tidak pernah minum arak ketika hayat beliau.


tujuan aku bukan nak banggakan beliau. tidak.
aku cuma nak berkongsi dengan kalian, ape yang aku dapat hari ini.
mungkin ade antara kalian tidak tau sama macam saya.

rujukan 
refomisjalanan.blogspot


xox
ikaidris

Tuesday, January 18, 2011

BETUL KE ?

aku tak ingat mane aku dapat cerita ni,
rase nya dari laman sosial jugaklah.
kemungkinan besar dari facebook.
 ape yang aku dapat ni ??
haaa. aku sendiri pun masih keliru.
 benar kah? betul kah?

zodiak aku adalah taurus, kalian ?
 apa yang aku nak ceritakan ni,
adalah berkaitan zodiak. ada sesetengah memanggil bintang.

 Pertama mari kita lihat definisi astrologi dan astronomi:
  1. Astrologi: ilmu yang menerjemahkan tentang kenyataan dan keberadaan manusiawi, berdasarkan posisi dan gerak-gerik relatif berbagai benda langit, terutama Matahari, Bulan, planetseperti dilihat pada waktu dan tempat lahir atau lain peristiwa dipelajari.
  2. Atau secara singkatnya astrologi adalah ilmu yang mengasumsikan bahwa takdir manusia dapat dikaitkan dengan letak benda-benda astronomis di langit
  3.  Astronomi: ilmu yang melibatkan pengamatan dan penjelasan kejadian yang terjadi di luar Bumi dan atmosfernya. Ilmu ini mempelajari asal-usul, evolusi, sifat fisik dan kimiawi benda-benda yang bisa dilihat di langit (dan di luar Bumi), juga proses yang melibatkan mereka.
Definisi astrologi dan astronomi tsb saya ambil mentah-mentah dari Wikipedia
 saya sendiri tidak ade ilmu mengenai zodiak atau pun bintang ni.
 yang saya nak ceritakan ialah, benar ke, zodiak yang mulanya ada 12 bertambah satu menjadi 13 ?
zodiak yang kita tau cuma ada 12 iaitu :
  1. Capricorn, 21 Des – 19 Jan
  2. Aquarius, 20 Jan – 18 Feb
  3. Pisces, 19 Feb – 20 Mar
  4. Aries, 21 Mar – 20 Apr
  5. Taurus, 21 Apr – 20 Mei
  6. Gemini, 21 Mei – 20 Jun
  7. Cancer, 21 Jun – 20 Jul
  8. Leo, 21 Jul – 21 Agt
  9. Virgo, 22 Agt – 22 Sept
  10. Libra, 23 Sept – 22 Okt
  11. Scorpio, 23 Okt – 22 Nov
  12. Sagitarius, 23 Nov – 20 Des

 ada yang zodiak mereka berubah ke zodiak yang lain. saya masih kekal dengan taurus.

saya bukan seorang yang mempercayai ramalan zodiak. cuma ingin berkongsi cerita, benarkah zodiak bertambah, saya sendiri kurang pasti dengan semua khabar angin ini.
kalau benar, nantikan lah ramalan ramalan nye wahai zodiak Ophiuchus.


xox
ikaidris